Lebih Mudah, Cuma Bayar di 7-Eleven Berita baik untuk anda yang sukar untuk membuat pembayaran atas talian. Anda kini boleh membuat t...

Lebih Mudah, Cuma Bayar di 7-Eleven

Berita baik untuk anda yang sukar untuk membuat pembayaran atas talian.

Anda kini boleh membuat tempahan cuci gambar di Kedai Pok Nik dan selesaikan pembayaran di 7-Eleven, dengan syarat pembelian dibuat melalui shopee store kami.

Belum ada akaun Shopee? Daftar sekarang!

Langkah Pembelian di Shopee

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat pembelian di Shopee Kedai Pok Nik.

1 - Kunjungi kami dengan menaip "Kedai Pok Nik" di ruangan carian Shopee.

01 Search Kedai Pok Nik di Shopee
2 - Pilih saiz gambar atau produk yang anda inginkan. Contohnya untuk order polaroid mini, sila klik pada produk 20 keping Gambar Polaroid Mini.

02 Pilihan produk Shopee Kedai Pok Nik

3 - Klik butang "Buy Now" untuk membuat tempahan.

03 Klik butang "Buy Now" untuk pembelian Shopee Kedai Pok Nik

4 - Tetapkan kuantiti yang diinginkan, kemudian klik pada "Buy Now"

04 Pilihan kuantiti tempahan Shopee Kedai Pok Nik

5 - Masukkan Voucher Code: KEDAI439 untuk discount RM8 bagi pembelian pertama anda di Shopee (p/s: voucher code hanya sah bagi pelanggan yg pertama kali menggunakan shopee), kemudian klik "Check out".

05 Voucher Code discount RM8 Shopee Kedai Pok Nik

6 - Klik pada "Payment Option" untuk menukar cara bayaran untuk membolehkan anda membayar tempahan di 7-Eleven.

06 Tukar cara bayaran 7-Eleven Shopee Kedai Pok Nik

7 - Pilih "Cash Payment at 7-eleven" kemudian klik "Confirm".

07 Pilih bayar di 7-Eleven Shopee Kedai Pok Nik

8 - Semak semula "Payment Option" anda untuk pastikan mode pembayaran melalui 7-Eleven telah dipilih, kemudian tekan "Place Order".

08 Place order bayaran di 7-Eleven Shopee Kedai Pok Nik
9 - Tunjukkan barcode yang terhasil bila membuat bayaran bagi membolehkan pekerja 7-eleven untuk scan dan terima bayaran dari anda.

09 Scan barcode di 7-Eleven untuk bayar Shopee Kedai Pok Nik
p/s: Anda boleh melihat semula barcode ini dengan cara klik pada bahagian "My Purchase" > "To Pay" > "Pay Now". Bila anda klik pada "Pay Now", barcode akan di tunjukkan semula.

10 Dapatkan semula barcode bayaran Shopee Kedai Pok Nik

Begitulah 9 langkah mudah untuk membuat tempahan cuci gambar di Shopee Kedai Pok Nik bagi mode pembayaran melalui 7-Eleven.

Pastikan anda guna Voucher Code yang telah kami berikan untuk discount RM8, khusus untuk anda yang baru pertama kali membeli di Shopee.

Nota: Muat turun panduan Langkah Pembelian di Shopee Kedai Pok Nik dalam bentuk pdf dengan klik di SINI
















Kad Jemputan Kahwin yang Menawan Serahkan kad jemputan yang mencerminkan keindahan majlis perkahwinan anda & pasangan supaya para jem...

Kad Jemputan Kahwin yang Menawan


Serahkan kad jemputan yang mencerminkan keindahan majlis perkahwinan anda & pasangan supaya para jemputan dapat menyimpan serta mengingati tarikh majlis yang bakal anda langsungkan.



Pilihan corak istimewa, kualiti warna cetakan jelas dan susun atur maklumat yang rapi memudahkan para jemputan mengetahui butir-butir majlis anda & pasangan.

Rujuk di sini Koleksi Design Kad Kahwin Menawan 


Penawaran Kad Kahwin Tanpa Pakej


Tempah hanya apa yang anda perlukan untuk jemputan ke sebuah majlis perkahwinan yang bakal dihadiri oleh rakan-rakan, 'BFF' dan ahli keluarga tersayang.

Kuantiti Tempahan


Tempahan kad kahwin dibuka serendah minimum 100 keping.

Berikut adalah senarai pilihan kuantiti (umum) tempahan kad kahwin yang boleh anda & pasangan dapatkan di Kedai Pok Nik:

"1000, 900, 800, 700, 600, 500, 400, 300, 200 dan 100 keping."

p/s: Bagi tempahan untuk kuantiti melebihi 1000 keping, anda & pasangan boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Saiz - Saiz Kad Kahwin


Kad Kahwin yang kami tawarkan didatangkan dalam 3 saiz yang berbeza mengikut pilihan keperluan anda & pasangan, iaitu:

  1. 1. Saiz 4 inci X 6 inci
  2. 2. Saiz 4 inci X 8 inci
  3. 3. Saiz 6 inci X 8 inci

Perbezaan saiz ini mengambil kira ringkasan maklumat dan budget yang ingin anda & pasangan peruntukkan.

Bagi kad kahwin bersaiz kecil, iaitu 4" x 6", penulisan maklumat adalah lebih padat, ringkas dan tanpa penggunaan ayat-ayat persuratan jemputan yang formal; bagi memanfaatkan ruangnya yang terhad.

Semakan Harga Kad Kahwin


Perbezaan saiz juga secara langsung merujuk kepada perbezaan harga.

Anda & pasangan boleh membuat semakan harga kad kahwin bagi ketiga-ketiga saiz yang kami tawarkan dengan mengisi maklumat di ruangan berikut:


p/s: Senarai harga akan dipaparkan setelah anda mengisi semua maklumat.

Kaedah Penghantaran Kad Kahwin


Dengan membuat tempahan kad kahwin di Kedai Pok Nik, tempahan anda & pasangan akan di hantar terus ke pintu rumah tanpa caj tambahan (Semenanjung Malaysia sahaja).

Jadi tak perlu lagi peruntukan tambahan untuk kad kahwin idaman anda.

Tempoh Proses Kad Kahwin


Tapi perlu di ingatkan, tempahan kad kahwin mengambil masa selama 2 minggu untuk proses percetakan, dan tambahan 3 hari untuk kerja-kerja menyiapkan design kad kahwin.

Justeru, pastikan anda dan pasangan mengambil kira tempoh siap kad kahwin supaya mempunyai masa yang secukupnya untuk menghantar kad-kad pada kawan-kawan & keluarga.

Bonus Tempahan Kad Kahwin


Gambar kad kahwin dalam bentuk JPEG juga akan diberikan supaya memudahkan anda & pasangan membuat jemputan secara digital di media sosial dan juga whatsapp.

Bonus! Dapatkan 5% potongan harga jika anda & pasangan membuat tempahan kad kahwin dalam tempoh 5 jam setelah anda menekan butang 'Selesai' pada borang semakan harga kad kahwin di atas.

Tebus potongan 5% ini dengan membuat tempahan melalui whatsapp ke Kedai Pok Nik, dengan hanya menekan butang berikut:


Istimewa Untuk Si Comel Tersayang Gambar Polaroid Mini khas untuk ibu-ibu yang ada banyak gambar anak tersimpan dalam telefon; dan mahu d...

Istimewa Untuk Si Comel Tersayang


Gambar Polaroid Mini khas untuk ibu-ibu yang ada banyak gambar anak tersimpan dalam telefon; dan mahu di cuci untuk di albumkan supaya mudah nak tengok dan tak perlu buka fon, di samping untuk dijadikan kenangan bila mereka besar nanti.



Cuci gambar-gambar si comel tersayang dari phone, semudah whatsapp sahaja ke Kedai Pok Nik dan siap hanya dalam *1 hari sahaja.


1 set Polaroid Mini (GPM) = 20 keping = RM4.70 sahaja!


Kami faham keraguan anda terhadap kualiti cetakan gambar kerana harga yang kami tawarkan sangat rendah.


Namun, 90% maklumbalas pelanggan Kedai Pok Nik sebelum ini, rata-rata kagum kerana hasil cetakan yang jelas & tidak pecah!


Ini kerana semua gambar dicetak menggunakan teknologi Cetakan Digital dari Konica Minolta Super G3. Kekurangannya hanya pada material yang kami gunakan sedikit nipis berbanding kebiasaan.


Kami berani jamin anda pasti gembira dengan kualiti cetakan yang kami berikan.


Kami akan pulangkan semula duit anda, jika anda terima kualiti cetakan yang tidak sama seperti yang kami nyatakan; dan gambar tidak perlu dikembalikan semula!


Dah sedia nak cuci gambar-gambar si comel tersayang dengan hanya serendah RM4.70 untuk 20 keping gambar? Klik 'Whatsapp Kedai Pok Nik' sekarang!



*Nota: Tarikh siap akan dimaklumkan sebelum proses cuci gambar dimulakan.

**Nota: Bayaran penuh hendaklah dilakukan terlebih dahulu jika anda perlukan khidmat pos sebelum kerja-kerja mencuci gambar dijalankan; dan maklumat cara pembayaran akan diberitahu melalui whatsapp.

***Nota: Caj penghantaran RM6 (jumlah order 1 hingga 5 set) & RM8 (jumlah order 10 set ke atas)


Ciri - Ciri Material


Bagi cetakan cuci gambar polaroid, kami menggunakan material jenis Artpaper yang lebih nipis sedikit berbanding material asal kertas gambar 4R yang digunakan di kedai gambar biasa.

Selain itu, material yang kami gunakan juga tidak ditambah dengan lapisan kilat khas; dan sekadar menggunakan lapisan glossy asal dari material Artpaper itu sendiri.

Penafian: Keadaan gambar samada sharp / blur / kusam / gelap / cerah adalah bergantung pada kualiti gambar asal yang dihantar kepada kami, dan ianya diluar kawalan kami.

Jika sebelum ini Kedai Pok Nik hanya menawarkan cuci gambar online saiz 2R dan 3R , tapi bermula pertengahan Julai 2018, kami memperkenalka...

Jika sebelum ini Kedai Pok Nik hanya menawarkan cuci gambar online saiz 2R dan 3R, tapi bermula pertengahan Julai 2018, kami memperkenalkan cuci gambar polaroid dengan pilihan samada Polaroid Mini atau Polaroid Square.

Polaroid Mini atau Polaroid Square?


Bagi siri polaroid, Kedai Pok Nik tawarkan dalam variasi Polaroid Mini dan Polaroid Square. Perbezaan antara mini dan square adalah dari segi saiz gambar dan juga komposisi gambar.


Kedai Pok Nik Cuci Gambar Polaroid


Secara spesifik, perbezaan ukuran gambar polaroid mini dan square adalah seperti berikut:

  • Polaroid Square: Tinggi= 3.4 inci, Lebar = 2.8 inci.
  • Polaroid Mini: Tinggi = 3.4 inci, Lebar = 2.1 inci.

Perbezaan antara saiz 2R, Polaroid Square dan Polaroid Mini


Perbezaan antara saiz 3R, Polaroid Square dan Polaroid Mini


Manakala dari segi *material pula, kami masih mengekalkan penggunaan material yang sama seperti cucian pada gambar 2R dan 3R.


Lihat juga: Cuci Gambar 2R dan 3R


Berapa Harga Cuci Gambar Polaroid?


Berita baik untuk anda, harga untuk cuci gambar samada Polaroid Square atau Polaroid Mini adalah ditetapkan pada kadar asas RM4.70 untuk 1 set.

Berikut adalah jumlah gambar bagi 1 set:

  • Polaroid Square: 14 keping setiap set.
  • Polaroid Mini: 20 keping setiap set.

Jadi jika anda ada banyak gambar, bolehlah membuat tempahan cuci gambar mengikut jumlah set yang bersesuai untuk anda.

Sebagai contoh, jika anda nak cuci gambar polaroid square untuk 140 keping gambar, maka anda perlu order 10 set pada nilai hanya RM47.

Sebaliknya, jika anda nak cuci 140 keping gambar tadi dalam saiz polaroid mini, anda cuma perlu order 7 set sahaja pada nilai hanya RM32.90.


Jenis Gambar Yang Disarankan


Sebelum anda menghantar gambar, kami sangat-sangat sarankan supaya anda ikut spesifikasi gambar yang bersesuaian dari segi bentuk / komposisinya mengikut jenis polaroid.

Bagi yang berminat nak cuci gambar polaroid square, pastikan anda menghantar gambar-gambar yang telah pun dalam bentuk segi empat sama (square).

Jenis Gambar Disarankan Untuk Polaroid Square


Manakala untuk polaroid mini, gambar anda disarankan dalam bentuk segi empat tepat (rectangle).

Jenis Gambar Disarankan Untuk Polaroid Mini



Apa berlaku bila anda hantar gambar tidak mengikut saranan yang kami bagi?


Gambar-gambar tersebut akan kami 'crop' mengikut kesesuaian supaya memenuhi spesifikasi masing-masing untuk polaroid square dan polaroid mini

Proses 'cropping' ini akan dilakukan oleh staff kami yang berkemahiran dalam fotografi agar dapat meminimumkan 'kehilangan' subjek dalam gambar.

Justeru, nilai tolak ansur dan timbang rasa dari pihak anda amat kami harapkan jika proses 'croping' itu nanti kurang memuaskan pada hemat anda.


Cara Buat Tempahan Melalui Whatsapp


Tempahan cuci gambar polaroid hanya perlu dibuat melalui whatsapp sahaja kerana ianya lebih mudah & cepat.

Untuk menempah, sila klik butang dibawah dan sertakan bersama butiran Nama Ringkas, Lokasi Anda, Jenis Polaroid & Jumlah Set untuk kami keluarkan quotation harga untuk rujukan anda.




*Nota: Tarikh siap akan dimaklumkan sebelum proses cuci gambar dimulakan.

**Nota: Bayaran penuh hendaklah dilakukan terlebih dahulu jika anda perlukan khidmat pos sebelum kerja-kerja mencuci gambar dijalankan; dan maklumat cara pembayaran akan diberitahu melalui whatsapp.

***Nota: Caj penghantaran RM6 (jumlah order 1 hingga 5 set) & RM8 (jumlah order 10 set ke atas)


Ciri - Ciri Material


Bagi cetakan cuci gambar polaroid, kami menggunakan material jenis Artpaper yang lebih nipis sedikit berbanding material asal kertas gambar 4R yang digunakan di kedai gambar biasa.

Selain itu, material yang kami gunakan juga tidak ditambah dengan lapisan kilat khas; dan sekadar menggunakan lapisan glossy asal dari material Artpaper itu sendiri.

Penafian: Keadaan gambar samada sharp / blur / kusam / gelap / cerah adalah bergantung pada kualiti gambar asal yang dihantar kepada kami, dan ianya diluar kawalan kami.

Pilihan Saiz Cuci Gambar Kedai Pok Nik menyediakan khidmat cuci gambar dari telefon yang mana anda hanya perlu hantar melalui whatsapp sah...

Pilihan Saiz Cuci Gambar

Kedai Pok Nik menyediakan khidmat cuci gambar dari telefon yang mana anda hanya perlu hantar melalui whatsapp sahaja.

Terdapat 2 saiz sahaja yang kami tawarkan untuk cuci gambar iaitu saiz 2R dan juga 3R. Berikut adalah perbezaan saiz antara gambar 2R & 3R:

Ukuran Saiz Gambar 2R dan 3R
Saiz gambar 2R ukurannya adalah lebih besar dan lebar sedikit berbanding saiz kad pengenalan anda. Berikut kami lampirkan gambar perbandingan antara saiz 2R dan IC.

Perbezaan Saiz 2R dan Kad Pengenalan

Cuma RM4.70!


Harga yang Kedai Pok Nik tawarkan untuk cuci gambar saiz 2R dan 3R adalah seperti berikut:

  • 2R: 15 keping = RM4.70
  • 3R: 7 keping = RM4.70

Ini bermaksud, tempahan minimum untuk saiz 2R adalah 15 keping, manakala 3R adalah 7 keping.

Jika anda ada banyak gambar, bolehlah dihantar dalam gandaan minimum masing-masing iaitu gandaan 15 bagi gambar 2R, dan gandaan 7 bagi gambar 3R.

Contoh bagi tempahan 2R: 15 > 30 > 45 > 60 dan seterusnya.
Contoh bagi tempahan 3R: 7 > 14 > 21 > 28 dan seterusnya.

Lihat juga: Kaedah pengiraan harga gambar 2R & 3R
----------------------------
Contoh dengan budget hanya RM47, berapa banyak gambar anda boleh cuci?
.
RM47 dapat 150 keping gambar 2R
RM47 dapat 70 keping gambar 3R
.
Sangat jimat untuk kos yang kurang dari RM50!
----------------------------

Lihat juga: Cuci Gambar Polaroid


Cara Buat Tempahan Melalui Whatsapp


Tempahan cuci gambar 2R dan 3R hanya perlu dibuat melalui whatsapp sahaja kerana ianya lebih mudah & cepat.

Untuk menempah, sila klik butang dibawah dan sertakan bersama butiran Nama Ringkas, Lokasi Anda, Saiz & Kuantiti Gambar untuk kami keluarkan quotation harga untuk rujukan anda.


*Nota: Bayaran penuh hendaklah dilakukan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja mencuci gambar dijalankan; dan maklumat cara pembayaran akan diberitahu melalui whatsapp.

**Nota: Tarikh siap akan dimaklumkan sebelum proses cuci gambar dimulakan.


***Nota: Caj penghantaran SM = RM8, SS= RM12


Ciri - Ciri Material


Bagi cetakan cuci gambar saiz 2R dan 3R, kami menggunakan material jenis Artpaper yang lebih nipis sedikit berbanding material asal kertas gambar 4R yang digunakan di kedai gambar biasa.

Selain itu, material yang kami gunakan juga tidak ditambah dengan lapisan kilat khas; dan sekadar menggunakan lapisan glossy asal dari material Artpaper itu sendiri.

Hasilnya? Kami jamin kualiti cetakan dari Konica Minolta memastikan warna yang terang dan menarik terhasil dalam setiap cucian gambar.

Penafian: Keadaan gambar samada sharp / blur / kusam / gelap / cerah adalah bergantung pada kualiti gambar asal yang dihantar kepada kami, dan ianya diluar kawalan kami.




Tempahan Untuk Bisnes Baru Mahukah anda pelajari 1 perkara wajib ini supaya lebih ramai pelanggan masuk ke kedai setiap hari walaupun an...

Tempahan Untuk Bisnes Baru


Mahukah anda pelajari 1 perkara wajib ini supaya lebih ramai pelanggan masuk ke kedai setiap hari walaupun anda baru saja memulakan bisnes di lokasi tersebut?

1 perkara wajib ini sering digunakan oleh banyak bisnes besar terutamanya shopping mall untuk mengiklankan produk, lokasi dan juga promosi-promosi yang dijalankan.

Dan ianya satu bentuk pengiklanan hebahan yang sangat berkesan dan bersifat berterusan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke kedai-kedai jualan mereka.

Banner Kedai 'Akan Dibuka!", design oleh Kedai Pok Nik

Pengiklanan hebahan menggunakan banner dan bunting yang di design dengan maklumat yang betul, dipamerkan pada audience yang betul akan menarik pelanggan yang berkualiti mengunjungi kedai anda.

Malah, material banner dan bunting yang tahan panas serta hujan sehingga lebih 6 bulan lamanya membolehkan iklan hebahan anda dibaca berulangkali setiap masa, sepanjang ia digantungkan.

Iklan yang dilihat dan dibaca berulang kali setiap hari lebih berjaya mendorong pelanggan untuk melakukan sesuatu tindakan yang kita mahukan, seperti mengunjungi kedai kita.

Format Psikologi Iklan Hebahan Banner Bunting


Pernahkah anda membuat tempahan banner dan bunting untuk kedai tapi kesannya kurang memberansangkan dan tahukah anda apa sebabnya?

Banner Taska 'Pendaftaran Dibuka!", design oleh Kedai Pok Nik

Keberkesanan iklan jenis banner dan bunting dapat diperolehi hanya apabila design serta maklumat yang diletakkan mengambil kira ciri-ciri dan kaedah pengiklanan yang tepat & bersesuaian.

Ciri-ciri dan kaedah pengiklanan yang betul merangkumi 3 aspek utama iaitu Kandungan Iklan, Visual Iklan, dan Konteks Iklan.

Setiap aspek ada kaedah-kaedah tertentu yang telah dikaji dari sudut psikologi & digunakan secara meluas oleh para marketer berpengalaman untuk memaksimumkan keberkesanan iklan.

Dan inilah ciri-ciri design yang cuba kami terapkan selepas sesi konsultasi dengan anda setelah tempahan dibuat. Sesi ini sangat penting untuk kami memahami keperluan bisnes anda dengan mendalam bagi membina design iklan yang bersesuian.

Jika anda mahu dapatkan sesi konsultasi dan membuat tempahan banner dan bunting di Kedai Pok Nik, sila baca dan fahami dulu perbezaan keduanya, harga, syarat-syarat dan tatacara tempahan dengan klik di sini.

Mahukan Kedai Pok Nik hasilkan banner dan bunting yang bersesuaian untuk bantu tingkatkan keberkesanannya untuk menarik pelanggan ke kedai anda?

Mulakan langkah pertama dengan klik pada butang berikut untuk mengisi borang tempahan banner bunting.