Jika sebelum ini Kedai Pok Nik hanya menawarkan cuci gambar online saiz 2R dan 3R , tapi bermula pertengahan Julai 2018, kami memperkenalka...

Cuci Gambar Polaroid

Jika sebelum ini Kedai Pok Nik hanya menawarkan cuci gambar online saiz 2R dan 3R, tapi bermula pertengahan Julai 2018, kami memperkenalkan cuci gambar polaroid dengan pilihan samada Polaroid Mini atau Polaroid Square.

Polaroid Mini atau Polaroid Square?


Bagi siri polaroid, Kedai Pok Nik tawarkan dalam variasi Polaroid Mini dan Polaroid Square. Perbezaan antara mini dan square adalah dari segi saiz gambar dan juga komposisi gambar.


Kedai Pok Nik Cuci Gambar Polaroid


Secara spesifik, perbezaan ukuran gambar polaroid mini dan square adalah seperti berikut:

  • Polaroid Square: Tinggi= 3.4 inci, Lebar = 2.8 inci.
  • Polaroid Mini: Tinggi = 3.4 inci, Lebar = 2.1 inci.

Perbezaan antara saiz 2R, Polaroid Square dan Polaroid Mini


Perbezaan antara saiz 3R, Polaroid Square dan Polaroid Mini


Manakala dari segi *material pula, kami masih mengekalkan penggunaan material yang sama seperti cucian pada gambar 2R dan 3R.


Lihat juga: Cuci Gambar 2R dan 3R


Berapa Harga Cuci Gambar Polaroid?


Berita baik untuk anda, harga untuk cuci gambar samada Polaroid Square atau Polaroid Mini adalah ditetapkan pada kadar asas RM4.70 untuk 1 set.

Berikut adalah jumlah gambar bagi 1 set:

  • Polaroid Square: 14 keping setiap set.
  • Polaroid Mini: 20 keping setiap set.

Jadi jika anda ada banyak gambar, bolehlah membuat tempahan cuci gambar mengikut jumlah set yang bersesuai untuk anda.

Sebagai contoh, jika anda nak cuci gambar polaroid square untuk 140 keping gambar, maka anda perlu order 10 set pada nilai hanya RM47.

Sebaliknya, jika anda nak cuci 140 keping gambar tadi dalam saiz polaroid mini, anda cuma perlu order 7 set sahaja pada nilai hanya RM32.90.


Jenis Gambar Yang Disarankan


Sebelum anda menghantar gambar, kami sangat-sangat sarankan supaya anda ikut spesifikasi gambar yang bersesuaian dari segi bentuk / komposisinya mengikut jenis polaroid.

Bagi yang berminat nak cuci gambar polaroid square, pastikan anda menghantar gambar-gambar yang telah pun dalam bentuk segi empat sama (square).

Jenis Gambar Disarankan Untuk Polaroid Square


Manakala untuk polaroid mini, gambar anda disarankan dalam bentuk segi empat tepat (rectangle).

Jenis Gambar Disarankan Untuk Polaroid Mini



Apa berlaku bila anda hantar gambar tidak mengikut saranan yang kami bagi?


Gambar-gambar tersebut akan kami 'crop' mengikut kesesuaian supaya memenuhi spesifikasi masing-masing untuk polaroid square dan polaroid mini

Proses 'cropping' ini akan dilakukan oleh staff kami yang berkemahiran dalam fotografi agar dapat meminimumkan 'kehilangan' subjek dalam gambar.

Justeru, nilai tolak ansur dan timbang rasa dari pihak anda amat kami harapkan jika proses 'croping' itu nanti kurang memuaskan pada hemat anda.


Cara Buat Tempahan Melalui Whatsapp


Tempahan cuci gambar polaroid hanya perlu dibuat melalui whatsapp sahaja kerana ianya lebih mudah & cepat.

Untuk menempah, sila klik butang dibawah dan sertakan bersama butiran Nama Ringkas, Lokasi Anda, Jenis Polaroid & Jumlah Set untuk kami keluarkan quotation harga untuk rujukan anda.




*Nota: Tarikh siap akan dimaklumkan sebelum proses cuci gambar dimulakan.

**Nota: Bayaran penuh hendaklah dilakukan terlebih dahulu jika anda perlukan khidmat pos sebelum kerja-kerja mencuci gambar dijalankan; dan maklumat cara pembayaran akan diberitahu melalui whatsapp.

***Nota: Caj penghantaran RM6 (jumlah order 1 hingga 5 set) & RM8 (jumlah order 10 set ke atas)


Ciri - Ciri Material


Bagi cetakan cuci gambar polaroid, kami menggunakan material jenis Artpaper yang lebih nipis sedikit berbanding material asal kertas gambar 4R yang digunakan di kedai gambar biasa.

Selain itu, material yang kami gunakan juga tidak ditambah dengan lapisan kilat khas; dan sekadar menggunakan lapisan glossy asal dari material Artpaper itu sendiri.

Penafian: Keadaan gambar samada sharp / blur / kusam / gelap / cerah adalah bergantung pada kualiti gambar asal yang dihantar kepada kami, dan ianya diluar kawalan kami.

0 comments: