Cuci Gambar Terdapat 2 saiz yang ditawarkan untuk cuci gambar di Kedai Pok Nik iaitu: Saiz 2R (3.5inch x 2.5 inch) Saiz 3R (5 in...

Cuci Gambar Kedai Pok Nik

Cuci Gambar


Terdapat 2 saiz yang ditawarkan untuk cuci gambar di Kedai Pok Nik iaitu:

  • Saiz 2R (3.5inch x 2.5 inch)
  • Saiz 3R (5 inch x 3.5 inch)


Bagi saiz 2R, ukurannya jika dibandingkan dengan saiz kad pengenalan atau lesen memandu adalah lebih lebar dan panjang, seperti dalam gambar di berikut:

Saiz Gambar 2R Berbanding Saiz Lesen Memandu

Manakala, saiz 3R pula lebih besar skalanya berbanding saiz 2R sebagaimana yang tertera pada gambar di bawah.


Beza antara saiz 3R dan 2R


Kaedah tempahan cuci gambar


Tempahan minimum cuci gambar 2R dan 3R beserta harga adalah seperti berikut:

  • Gambar 2R: Minimum 15 keping = RM 4.70
  • Gambar 3R: Minimum 7 keping = RM 4.70


Jika ada banyak gambar bolehlah dihantar dalam gandaan minimum, iaitu gandaan 15 untuk gambar 2R dan gandaan 7 untuk gambar 3R.

Contohnya:

Gambar 2R: 15>30>45>60 dan seterusnya.
Gambar 3R: 7>14>21>27 dan seterusnya.

Berikut adalah contoh pengiraan harga untuk gambar 2R dan 3R yang dihantar dalam kuantiti banyak.

Contoh Pengiraan Harga Gambar 2R dan 3R

Untuk membuat tempahan, anda cuma perlu whatsapp gambar-gambar yang nak di cuci dengan klik butang whatsapp berikut:


Nota: Sila nyatakan nama ringkas dan bilangan gambar terlebih dahulu sebelum mula menghantar gambar.

Tempoh proses cuci gambar adalah 1 hingga 2 hari bekerja dan bergantung pada kuantiti. Namun, pihak kami akan berikan jangkaan tarikh siap tempahan anda sebaik sahaja bilangan gambar yang kami terima di sahkan kuantitinya.

Bayaran penuh hendaklah dilakukan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja mencuci gambar dijalankan; dan maklumat cara pembayaran akan diberitahu melalui whatsapp.